PEMAKAIAN kasut tumit tinggi tidak dinafikan menjadikan seorang wanita itu tampil lebih yakin serta cantik.
Bagaimanapun, ia sering dikatakan menjadi punca kepada ketidaknormalan pada ibu jari kaki jika dipakai dalam tempoh jangka masa panjang.
Simptom bengkak berkenaan dikenali sebagai bunion atau istilah perubatannya, Hallux Valgus.

Pakar Bedah Ortopedik, Sukan & Trauma, Pusat Perubatan Bukit Tinggi (BTMC), Dr Mazzre Mahmod, berkata bunion berasal daripada perkataan Perancis yang menjelaskan mengenai bengkak di ibu jari kaki.
Katanya, pemakaian kasut tumit tinggi sering dikatakan menjadi punca sedangkan lelaki yang tidak memakai kasut sedemikian juga berisiko menghidapi bunion dengan nisbah empat wanita dengan seorang lelaki (4:1).
"Terdapat beberapa punca kepada kecacatan itu. Bagaimanapun, tiada faktor spesifik kepada bunion. Antaranya, ia boleh diwarisi (congenital) daripada ibu bapa, penghidap rheumatoid arthritis atau penyakit yang disebabkan jari kaki nombor dua rosak ataupun berlaku amputasi.
"Walaupun bukan punca utama, pemakaian kasut yang tidak sesuai seperti kasut tumit tinggi atau yang ketat boleh menyebabkan simptom berkenaan semakin buruk sehingga menjejaskan aktiviti seharian sesetengah individu," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Foto hiasan
Beliau berkata, reka bentuk kasut yang runcing serta sempit di bahagian hadapan akan menambahkan tekanan pada kaki dan keadaan akan lebih teruk jika seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan.
"Kasut yang memberikan keselesaan pada kaki mestilah mempunyai bahagian hadapan yang lebar iaitu ruang yang selesa untuk jari kaki. Ini sekaligus tidak memberikan tekanan pada kaki.
"Tapak lebih rendah sudah pasti akan beri lebih keselesaaan selain itu, kasut yang mempunyai 'insole' juga boleh membantu mengurangkan tekanan," katanya.

Sumber: Berita Harian
Lebih lanjut mengenai Dr Mazzre: https://bukittinggimedicalcentre.com/doctor-info/dr-mazzre-mahmod